Posts

Showing posts from May, 2015

Majlis Pertunangan Fey

Image
Assalammualaikum.. Hye.Rasanya lama dah tak berupdate blog ni.Sebenarnya tujuan aku update entry ni sebab nak mengabadikan kenangan yang menjadi sebahagian dalam hidup aku.Bukan sebab nak berbangga atau menunjuk.Sebelum aku lupa setiap detik itu,sebelum aku menjadi malas baik aku ambil sedikit masa yang terluang sempena bercuti sakan sekarang ni. Aku harap korang bergumbira tengok gambar yang dipaparkan sebab aku sendiri excited bila tunggu gambar dan tengok gambar-gambar yang telah siap dihantar oleh fotographer ke rumah tempoh hari. Jum layan !! Kalau diikutkan dalam islam,aku dan ASR dah lama bertunang.Sebab dia dah berjumpa my parents bulan12 untuk menyatakan tujuan dan my parents terima.Lagipon cincin pertunangan kami sudah dibeli awal pada bulan12/14 lagi.Tapi mengikut adat haruslah buat majlis untuk tanda persetujuan kedua belah pihak.Aku sendiri pun tidak pernah berjumpa dengan mak atau abah ASR.ASR sendiri tak mahu memperkenalkan aku pada parents dia sebab terikat dengan tugas