Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan
Assalammualaikum.. Hari Isnin (30/10/2017).Awal pagi aku dah kejut laki aku.Nyenyaknya tidur cuaca sejuk je walaupun tak pasang aircon.Excited hari ni sebab nak pergi Gyeongbokgung Palace. Sebelum tu kiteorang ke SeoulStation dulu.Sebab malam nanti kena ke Gimpo Airport untuk ke Jeju Island.So,checkout sesiap. Sebenarnya setiap stesen memang ada locker bagasi ni.Tapi kiteorang pilih simpan kat SeoulStation sebab memudahkan kerja.Stesen ni ada airport rail.So,nanti terus pickup bag dan masuk line airport. Untuk gunakan locker ni senang je.Tepi laki aku tu ada satu mesin macam atm tu.Just pilih locker mana yang kosong.Dan masukkan passwed kita.Dan last paling penting bayar guna t-money.Terus locker yang kita pilih tu akan terbuka.Nanti bila nak pickup just tekan locker kita kat screen tu,masukkan passwed semula nthen terus locker tu terbuka. Senang dan mudah kan? Takde kes hilang kunci ke,hilang kad number ke. Direction ke Gyeongbokgung : Seoul Station - Jongno Station - Gyeongbokgu...