Trip Pulau Perhentian : Percutian bajet 3D2N
Assalammualaikum... Hi korang seperti yang dijanjikan aku akan mengupdate tentang percutian backpack aku dan kawan-kawan ke Pulau Perhentian,Terengganu.Kenapa pilih Pulau Perhentian?Sebab aku dah terbayang-bayang lautan biru yang selalu orang dok cerita je.So,kali ni giliran Cik Fatin pulak pergi! HAHA! Sebenarnya tak plan pun.Tiba-tiba terus ON je.Aku kenal dengan geng lain ni dari fb group (backpacker malaysia).Macam biase kebetulan AA ada buat promo.Return RM 26/person.Mana nak dapat kan?So,kumpul orang terus grab harga murah tu. So,sampai tariknya bertolak lah aku ke KL naik bas express dengan 2 orang girlfriend dari Johor.Sorang lagi dari Melaka.Kami berempat sahaja.Disebabkan ada sorang yang lain negeri so semua berkumpul di TBS (Hentian Bandar Tasek Selatan).Jam 0300 bila dah cukup korem kami terus beli ticket bas ke KLIA2 berharga RM11/person. Tepat 0400 kami dah terpacak kat KLIA2.So,lepak sambil tidur di mekdi.Macam biase port lepak.Tggu gate bukak terus masuk departure ...