Posts

Majlis Pertunangan Fey

Image
Assalammualaikum.. Hye.Rasanya lama dah tak berupdate blog ni.Sebenarnya tujuan aku update entry ni sebab nak mengabadikan kenangan yang menjadi sebahagian dalam hidup aku.Bukan sebab nak berbangga atau menunjuk.Sebelum aku lupa setiap detik itu,sebelum aku menjadi malas baik aku ambil sedikit masa yang terluang sempena bercuti sakan sekarang ni. Aku harap korang bergumbira tengok gambar yang dipaparkan sebab aku sendiri excited bila tunggu gambar dan tengok gambar-gambar yang telah siap dihantar oleh fotographer ke rumah tempoh hari. Jum layan !! Kalau diikutkan dalam islam,aku dan ASR dah lama bertunang.Sebab dia dah berjumpa my parents bulan12 untuk menyatakan tujuan dan my parents terima.Lagipon cincin pertunangan kami sudah dibeli awal pada bulan12/14 lagi.Tapi mengikut adat haruslah buat majlis untuk tanda persetujuan kedua belah pihak.Aku sendiri pun tidak pernah berjumpa dengan mak atau abah ASR.ASR sendiri tak mahu memperkenalkan aku pada parents dia sebab terikat dengan tugas...

Tag untuk majlis tunang

Image
Di design oleh Ayien Assalammualaikum... Pejam celik pejam celik jek,aku dan berada di bulan 4.Iaitu bulan yang aku dan MR.ASR akan bertunang.Rasa macam segan,seram semua ada.Ya allah,cepatkan masa berlalu. Sebelum ni aku dok cakap pasal kiteorg akan bertunang pada 2may 2015.Tapi di sebabkan jadual MR.ASR padat.Iaitu terkena pada tarikh untuk dia ke BELGIUM.Kami terpaksa berbincang balik untuk menetapkan tarikh yang sesuai. Selepas kata sepakat antara family aku dan family MR.ASR,kami memilih 25april 2015.Percepatkan seminggu daripada tarikh asal.Kesian pulak kat bakal tunang,terpaksa berkejar-kejar dari KL-PAHANG-JOHOR. Sedang mak dan abah sibuk uruskan hal makanan tetamu dan khemah yg perlu ditempah.Aku menguruskan hal pelamin/makeup/dan bag goodies.Pada mulakan aku merancang untuk membuat diy paperbag yg dah jadi trend sekarang ni.Tapi Disebabkan mak tak berapa minat aku kuburkan aje niat murni aku tu,Alasannya macam beg goreng pisang??... Terus pergi kedai barangan pengantin dan gr...

Persiapan Mr.ASR untuk SEAGAMES

Image
Assalammualaikum.. Perkenalan yang tak dirancang ini,adalah salah satu anugerah yang amat bermakna dalam hidup ini.Siapa yang sangka orang yang kita tidak kenal sama sekali akan menjadi orang yang akan berkongsi hidup dengan kita suatu hari nanti..alhamdulillah Ya Allah,Kau sebaik perancang.. Dalam pada menunggu tarikh yang telah di aturkan,hanya mampu berbanyak berdoa dan bersabar.Dan proses ini amat sukar kerana terlalu banyak dugaannya,Sebab aku dan mr.ASR ni berhubungan secara jauh,kerjaya mr.ASR mempengaruhi.Dan tugas sebagai student perlu digalas. Nampaknya sekarang dah bulan 2,tinggal lagi beberapa bulan sahaja mr.ASR akan ke SEAGAMES di Singapore.Membuatkan die perlu menghabiskan banyak masa di MSN untuk berlatih.Dalam masa yang sama persiapan bertunang perlu dilaksanakan,Nasib baik bertunang ni buat secara bersederhana dan ma banyak membantu. Ya allah,kau permudahkanla urusan kami ini,, Camana abang jarang meluangkan masa untuk kita,syg akan tetap ada kat belakang abang.Untuk ...

Calon Isteri Pilihan

Image
Assalammualaikum... Selalu kalau balik JOHO dua orang ni selalu ajak lepak,habiskan masa bertiga dan yang paling penting akan shoot.Kali ni kami bertiga saja,tak de orang lain,ain pon tak bawa mamat(boyfriend). Kali ini kami pilih melepak kat Nusajaya.Yang ade Legoland tu.. Sebab dah tak tau nak bergambar ke mana.. Mybe takpuas explore lagi rasenya.. Masukkan gambar untuk kenangan yang sweet ni,, Bulan 12 : Nusajaya : Ain,Fey,Lilis : Theme : Calon isteri pilihan :)

Persiapan untuk E'day

Image
Assalammualaikum... Sejak-sejak mula tahun 2015 ni aku mulakan lah siket-siket persiapan untuk hari pertunangan aku yang boleh dikatekan lame lagi ni.Tapi aku taknak kelam kabut so aku listkan ape yang patot aku buat dulu.Bila berbincang dgn en.bakal tunang,Masing-masing blur.Dia lagi la,bende yang kecik-kecik ni tolak kepada aku.Aku pulak sampai pening sebab memang tak amek tau langsung pasal benda-benda untuk kawen ni.Nasib baik ada kengkawan dan the e'day planner Miss Azlina merangkap mama aku adalah planner yang terbaik. Untuk first sekali aku dapat tau dari housemate aku pasal harga emas tengah turun sempena Krismas dan penghujung tahun.Puas tanya pakcik google dan setelah dapat berita yang boleh dikatekan sahih aku pon berbincang dgn bakal tunang.Alhamdulillah abang bersetuju. So,kesimpulannya,cincin risik dan cincin tunang aku sudah dibeli 4bulan sebelum majlis. :) Dan sebagai tanda abang suruh aku pakai cincin risik dulu sekarang sebagai tanda aku sudah dilamar.Nanti bila d...

Short Trip : Bukit Tinggi, Pahang

Image
Assalammualaikum.. Sejak-sejak kami ade buah hati ni, sebuk jek suke interfrem kan bakal tunang ni dalam blog kesayangan ni.Sebab aku rasa blog ni dh mcm diary aku.Tempat aku isi semua kenangan/moment dalam hidup aku.. Lepas aku balik dari Langkawi,kedah pada pertengahan bulan 11 lepas.Awal bulan 12 abang ajak pergi bercuti ke Bukit Tinggi,Pahang pulak.Bukan sebab gian or mabuk bercinta,Tapi ini adalah dinamakan rezeki.Sebab abang menang game die dekat Perak hari tu.Game ape?nantilah aku buat entry pasal abang okey.Sekarang ini nak cerita pasal kami bercuti berdua ke Bukit Tinggi. Kami ni kn dhla baru kenal,dan proses kenalan tu tu pulak kebetulan.Dan kami ni long distance.Sebab tu aku dh target akan jumpa abang 3/4 bulan sekali.Dan paling kerap sebulan or 2 bulan sekali jumpa.Sebab sekali nak jumpa tersangatlah susah.Abang sebuk dgn training untuk game.Aku pulak student nun jauh di utagha.. Tapi alhamdulillah,kami terima jodoh ini,dugaan kami.Dan berharap jodoh ini sampai ke akhirat. ...

Dilamar

Assalammualaikum.. Pada entry yang lepas aku dah janji aku akan kongsikan cerita macamane aku terkenal dgn mamat kuat saiko ni.17/10/2014 lepas aku,emy dan za plan nak midnight movie DRACULA.Sebab minggu tu kami tension giler sebab banyak asigment dan lab report dah due date.So,weekends kami hangout bertiga. Dan nak dipendekkan cerita aku terjumpa bakal tunang aku ni dalam lift dekat mall tu.Nama mall tu Jitra Mall yelah aku kan study kedah ni tak abis lagi.Aku pon tak tau la camane si Shah ni boleh terpandang aku die mula berbual dengan za.Za ni roomate aku,so kire rapat lah aku dengan die.Dan lebih terperanjat lagi sejak bila za dan shah bertukar id wechat pon aku tak tahu.Tetibe bangun pagi ecok za dah ckap dgn aku yang shah 'lelaki yang semalam kita jumpe dalam lift tu nak kenal dgn kau'.. Mau tak terperanjat aku? hahaha.. Asalnya memang aku taknak tukar no.telefon.Tapi roomate aku ni paksa-paksa aku jadi sebesalah.Dalam otak pikirlah,' alah kawan je,bukan buat kawen po...