Mama

Assalammualaikum,,
.
Setahun lebih aku tak menjengah blog ni.Sampai aku terlupa aku ade diari online ini.Tiba-tiba rindu terus aku search google tengokkan blog yang bersarang ni.
.
Terlalu banyak aku nak coret kat sini.Setahun sudah ni banyak sangat perubahan yang berlaku dalam hidup aku ni.Dari seorang pelajar sekarang tidak lagi.Dari seorang manja sekarang tidak lagi.Allah,cepatnya masa berlalu :(
.
Selepas aku bertunang MEI 2015, sejak itu dugaan mendatang dalam hidup ni,tp alhamdulillah aku jalani dengan tenang.Dan sekarang alhamdulillah aku semakin kuat.
.
Pada NOV 2015 mama telah kembali ke rahmatullah.Ketika itu,aku sedang menghabiskan sem terakhir aku.Time tu aku tinggal 1 lagi paper.Time tu aku tak menjangka mama akan pergi selamanya.Time tu aku masih perlukan mama.Ya allah,rindunya kt mama.Tawa,sakat,merajuk dia..

Alhamdullillah,ASR banyak membantu.Kononnya lepas paper semua siap,abah dan mama akan naik ke utagra untuk mengankat barang2 tetapi tidak kesampaian.Semua en.tunang yang buat.Drive dalam masa sehari,keesokkan harinya sudah sampai Joho.Terus kami ke hospital sultanah aminah.Naik ICU BARAT tempat mama.
.
Dalam 11hari mama terlantar di icu, doktor yang rawat mama sudah maklum utk tebuk leher mama sebb terlalu lama pakai tiub.Ya allah,luluh hati.Time tu mata mama terbuka,tetapi die sudah tiada respon.Aku kenal mama,semampunya dia akan ckap die sehat,die akan ckap die okey.Tetapi sebnrnya dia sakit.Mungkin bila doktor cakap untuk tebuk lehernya tu,terdengar aku menangis dan die bangun untuk mengatakan yang dia sehat.Tapi apakan daya,bila aku panggil ma,dia hanya mengalirkan air mata.Air mata terakhir sebelum dia pergi.Air mata pertama sejak masuk hospital.Ya allah.. Sedang taip ini pun,aku dapat merasa lagi saat itu.
.
Balik saja rumah,aku terus solat taubat.Solat sunat 2rakaat dan isyak dan aku menangis sepuasnya di sejadah.Aku pinta dan mohon pada allah agar permudahkan jalan pulang mama.Taknak dia ditebuk sakit dan terseksa.Andai takdir tulis ajal mama disini,aku redha.Tapi janganla engkau sakiti mama sebab aku tak sanggup melihat dia sakit.Rasa mcm kulit aku disiat-siat.
.
Dan allah maha mendengar,keesokkan paginya selepas subuh dalam pukul 7a.m.Aku bermalam dirumah mak sedara ingin bersarapan.Tetiba,dapat panggilan dari hospital.Hati tenang,terima kasih allah.Sampai di hospital,katil mama dikelilingi doktor.Aku tak dibenarkan dekat sebab doktor mahu elektrik jantung mama,kata nurse sewaktu tadi doktor telefon kami sebab jantung mama sudah behenti 3mins.Dan masih bersambung sampai aku dan abah sampai dalam pukul 8.45a.m..
Allahu,engkau telah kuatkan mama walaupon disaat terakhir dia.
Akhirnya aku melihat kumputer denyutan jantung mama menurun dan makin menurun.
Allah lebih sayang mama.

Tetapi aku bersyukur,mama pergi saat aku dan abah sudah sampai hospital.Aku bersyukur allah ambil mama disaat aku telah bersedia di sebarang kemungkinan.Terima kasih allah.
.
Selama ni byak nikmat allah dah bagi,takkan ujian sebegini aku nak salahkan takdir.Inshaallah allah jaga mama disana.Bersangka baik dengan allah,itu lah pesan berulang kali ASR kat aku..

Disini tidak kekal,kita akan berjumpa di sana ya ma.Salam sayang dari akak :)
Ceritaku pada 031115

Salam sayang,
akak

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor