Desaru Coast Adventure Waterpark Johor

Assalammualaikum...

04/12/2018,Selasa : Aku kembali semula di ruang favorit aku ni.Ya allah, lama rasanya aku abaikan blog kesayangan aku ni.Kali ni aku kembali sebab nak review berkenaan "DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK".

Memang terbaik !! Ini adalah kali ke-3 aku pergi waterpark.Tak tahu lah kenapa sikit sangatkan,Sebabnya aku tak berapa minat plus penakut rasanya naik waterpark or theme park.Memula Sunway Lagoon,A'famosa 2x,Kali ni Desaru Coast.I wish Genting siap nanti kite reramai serbu sana !

Panjangnya aku berleter.HAHA

Short getaway weekends kali ni aku pergi dengan couple juga.Iaitu Ipa dan Naz.Kalau korang tau Ipa ni member childhood lah kiranya dengan aku.Almost 16tahun kot persahabatan kitaorg.Aku balik ke Johor untuk datang majlis perkahwinan sahabat baik kiteorg,Alizah.Time lepas bersanding petang Sabtu tu,aku buka cerita kat dorang siapa free esok(Ahad) join pergi Desaru.Sebab aku dan husben memang dah aim kalau balik Johor ni kena pergi sebab Desaru Coast baru opening.So,3bulan first akan dapat ticket diskaun sempena opening season lah.
.,
Antara kami ber-5 yang Onz cuma satu pasangan ja.Sokey lah,yang penting bukan berdua.Tepu kot pergi waterpark berdua ja.So,aku bagitahu korang harga ticket yang kami dapat adalah RM75/PAX.Menangis tak berlagu lah,lepas habis diskaun ni,harga akan melonjak.Kah ! Ini adalah harga sekarang :)


Seharian kami disini.Harga diatas tidak termasuk makanan.Dan makanan tidak boleh dibawa dari luar.So,kena beli makanan didalam sahaja.Banyak cafe-cafe so,jangan risau.Daripada yang hispter sampai ke makanan kampung ada.Aku berkenan dengan foodcourt yang Desaru Coast sediakan sebab style cafe kat Ikea.

Amacam,terkejut tak ?



Semua ride kami naik kecuali surf sebab tak pandai.Memang berpuas hatilah.Paling best sekali "Kraken".Ya allah,rasa macam nak hilang nyawa.Ipa dan Naz naik sampai 2x repeat.Aku cukuplah sekali.Emang dasar penakut kamu.Kalau nak tahu Kraken tu best ke tak pergilah sana try sendiri.Sebab die sejenis roller coaster dalam air..



Nama benda alah belakang tu aku lupa.Tapi aku panggil Vuvuzella je sebab dekat Sunway ada mcm ni juga nama dia Vuvuzella.Tapi kat Desaru ni lagi best !



Dah penat main semua ride.Kami lepak untuk makan tengahari.Pastu sambung berendam di laut berombak ni.Ambil feel untuk second round.

Kat Desaru Coast ni ada Hotel Hard Rock.


Overall, memang puas hati sangat.Berbaloi dengan harga diskaun RM75/PAX.Kita berjumpa di lain waterpark or themepark <3

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan