Assalammualaikum... Hari ke-2 (Khamis : 15/03/2018), aku dah ambil pak supir.Agensi yang aku ambil untuk sewa paksupir ni adalah dengan Pak Heru (Natural Jogja).Kalau korang nak nombor telefon Pak Heru boleh email/dm/pm aku okey sayang semua.Hokey,pak supir yang bekerja dengan Pak Heru ni ramai.Pak supir yang handle aku dan keluarga adalah Pak Ahmad.Pak Ahmad ni sangat-sangat sporting dan baik melayan sepanjang percutian kami sekeluarga.Yang paling penting Pak Ahmad ni memang tepati masa.Servis yang diberi kami sangat berpuas hati... Pagi itu,aku terjaga awal.Tengok sebelah laki aku tak bangun lagi,terus raba-raba iphone bawah bantal untuk check jam berapa sekarang ni.Fuhh,,nasib baik tak terlepas.Dah jam 0615.Terus kejut laki aku untuk Subuh.Lepas subuh terus sesiap untuk breakfast dan Pak Ahmad akan tunggu untuk destinasi pertama harini.Mulanya aku rasa macam pasif gile travelog aku ke Jogja kalini sebab ambil paksupir.Tapi setelah memahami bentuk mukabumi Jogja memang memerlukan pak...