Travel : Yogjakarta , Indonesia Phuthuk Stumbu,Hutan Pinus dan Malioboro (Part 2)

Assalammualaikum...

Hari ke-2 (Khamis : 15/03/2018), aku dah ambil pak supir.Agensi yang aku ambil untuk sewa paksupir ni adalah dengan Pak Heru (Natural Jogja).Kalau korang nak nombor telefon Pak Heru boleh email/dm/pm aku okey sayang semua.Hokey,pak supir yang bekerja dengan Pak Heru ni ramai.Pak supir yang handle aku dan keluarga adalah Pak Ahmad.Pak Ahmad ni sangat-sangat sporting dan baik melayan sepanjang percutian kami sekeluarga.Yang paling penting Pak Ahmad ni memang tepati masa.Servis yang diberi kami sangat berpuas hati...

Pagi itu,aku terjaga awal.Tengok sebelah laki aku tak bangun lagi,terus raba-raba iphone bawah bantal untuk check jam berapa sekarang ni.Fuhh,,nasib baik tak terlepas.Dah jam 0615.Terus kejut laki aku untuk Subuh.Lepas subuh terus sesiap untuk breakfast dan Pak Ahmad akan tunggu untuk destinasi pertama harini.Mulanya aku rasa macam pasif gile travelog aku ke Jogja kalini sebab ambil paksupir.Tapi setelah memahami bentuk mukabumi Jogja memang memerlukan paksupir.Kalau tak,akan banyak habis masa,tenaga dan wang ringgit kita.Percayalah cakap aku.

Berbalik pada cerita asal ni.Destinasi pertama adalah ke Punthuk Stumbu.Ada apalah di Phuthuk Stumbu ni? Aku pun tak tahu.Bila aku sampai disana rupanya tempat ni adalah di atas bukit.Dan dorang sediakan tempat untuk kita selfie atau welfie.

Aku ni bukanlah kaki bergambar selfie sangat.Lebih suka melihat dunia ciptaan Allah.Memang cantik sebab keliling bukit bukau kan..




Selepas kami puas pusing Phuthuk Stumbu,kami ke Hutan Pinus pulak.Hutan Pinus Penger ni sebelah je dengan Phuthuk Stumbu tadi.


Mendaki jangan tak mendaki.Buang lemak yang ada.Hihihi...



Semua ni macam tamanlah boleh lepak-lepak makan dan minum :)

Bila dah petang kami pun balik ke hotel.Dalam jam 1700 macam tu.Sebabnya pak supir ni waktu bekerja dia 8 atau 9 jam je sehari.Ini pun Pak Ahmad memang terlebih baik.Sebab balik jam 1700.Dan perjalanan memakan masa hampir satu jam lebih untuk sampai di hotel kami tu.

So,lepas selesai urusan dengan maha pencipta waktu maghrib.Aku telefon bilik abah,kalau tak penat nak ikut tak aku dan shah pergi Pasar Maliorobo.Berbual-berbual,abah dan adik nak ikut.So,aku minta dorang tunggu kat lobby dalam 10minit lagi.Sementara tu,aku cari Pak Uber.Tepat pada masanya Pak Uber pun sampai.Kalau diikutkan dekat je hotel kami dengan Malioboro tu,cuma aku saja ambil Uber sebab risau abah penat.

Pasar Molioboro sangat-sangat panjang dan sesak dengan ramai orang.Penduduk Indonesiakan ramai.Untuk husben dan adik aku pulak,baru hari pertama,dorang dah borong banyak benda.Aku dah ingatkan hari terakhir nanti,kita akan pergi balik pasar ni,tapi nafsukan.Tambah-tambah barang sangat-sangat murah tak terkata dan kami makan malam di Malioboro.

Tepat jam 2200,aku cari Uber.Bukan apa,kena tidur awal ni sebab esok kiteorang akan explore Pantai Timang pulak...

So,staytunes Part 3 LOVE !!

Comments

Popular posts from this blog

Backpacker Thailand Murah (Trip Sawadee 2019)

Fatin dan Shah Honeymoon Korea (Part 2) : Istana Gyeongbokgung di tengah bandar metropolitan

Desaru Coast Adventure Waterpark Johor